Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'
Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? '
Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa
iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara:-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'
Seterusnya Hatim berkata,
'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada dibelakangku,
dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'
'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
Untuk munafaat kita bersama.
Thursday, June 12, 2008
Wudhu Batin Dan Solat
Powered by RepublikBesut aT 5:29 PM
LabEls: wudhu zahir batin dan solat free download MP3 MP4 song PS3 game latest software naruto one piece
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cOmMenTs:
Post a Comment