Thursday, June 12, 2008

Gula - Gula Kesihatan Pembunuh Dikesan

Macamana benda ni boleh terdapat dipasaran adalah tidak penting lagi. Tetapi yang paling penting adalah agar kita lebih berhati - hati dan memandang serius hal ini.

KUALA LUMPUR 11 Jun - Sejenis gula-gula kesihatan, Mentalk Candy dikesan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan mengandungi bahan kimia aminotadalafil yang mampu menyebabkan kegagalan jantung, sesak pernafasan dan hilang daya penglihatan.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan, Ku Noor Azian Ku Azizan berkata, aminotadalafil adalah analog atau terbitan bagi bahankimia tadalafil yang merupakan sejenis bahan perangsang seks yang digunakan untuk merawat penyakit mati pucuk.

Kata beliau, penemuan itu juga mendapati profil keselamatan bagiaminotadalafil tidak pernah diuji dan merupakan entiti baru yang belumpernah ditemui sebelum ini.

Berbahaya"Mentalk Candy dipercayai digunakan untuk tujuan yang sama(merawat mati pucuk) dan amat berbahaya jika digunakan kerana tindakanrangsangan farmakologi akibat analog tersebut (aminotadalafil) didalam badan adalah tidak spesifik," katanya dalam kenyataan di sinihari ini.

Tambah Ku Noor Azizan, penemuan kementerian itu adalah selari dengankenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Penguasa Sains Kesihatan Singapura, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan Mentalk Candy dan melaporkan kepada pihak kementerian jikamenemuinya di pasaran.

"Pengilang dan pengedar Mentalk Candy boleh didakwa di mahkamah dibawah Akta Racun 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh didendaRM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,"jelasnya.

0 cOmMenTs: