Friday, May 30, 2008

Senyuman Adalah Sedekah

Photobucket

Perkara yang paling mudah tapi amat berkesan bagi merapatkan silaturrahim sesama insan..senyuman..Bkan best pun kalau kite masam2/seryes 24jam..Senyuman ni jgak bleh menunjukkan rasa hormat kita pada orang lain..Musti sume2 dah Penah dengar lagu Senyum..Lama tak dengar lagu ni,hehe..Sama2 kita hayati lirik dier..



powered by ODEO


SENYUM

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah Ikatan…


Photobucket

Gambar diatas Ni plak salah satu contoh kelemahan jika kita malas nak senyum..Oleh itu kawe bepesan kepada diri kawe jugak kepada teman2 semua,Senyumlah..hehe

Thursday, May 29, 2008

MoDiFieD SmaRt CaR ( SuZukI HaYaBusA EnGiNe )




Hehe,mari kita kongsi bersama..Nie sekadar hiburan dikala borink..Smart Car ni telah diubahsuai dengan sebegitu 'Extreme'..Diorang letak enjin motor jer..Tp,enjin motor yang ada turbo bro (suzuki Hayabusa gsx 1300)..Boleh la sape2 yang ada Smart Car tu nak buat macam diorang..Tapi, apa2 pun "pandu cermat,jiwa selamat"..Peace..

Photobucket
HaYaBusa EngiNe

Photobucket
HaYaBuSa EnGiNe

Photobucket

Nie la motor yang pakai enjin tu..Hebat??

Wednesday, May 28, 2008

Dengan Kuasa Allah S.W.T



Memang sukar dipercayai..Mengangkat Kubah Masjid Tanpa Menggunakan Sebarang Peralatan?? Tp,hal ini tidak mustahil dengan Izin Yang Maha Esa..Kejadian ini berlaku pada tahun 2003 di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia..Sumber mendapati, Sekumpulan kiyai berzikir untuk mengangkat kubah masjid lama ke masjid yang baru dibina kerana tiada Jentera/Kren..Kejadian ini disiarkan di Saluran Tran 7, media tempatan..

Kawe baru jah tertengok benda ni..Ia amat berharga bagi kawe..Kawe post jugak sini agar menjadi Iktibar kepada kita semua..

Ucapan Dari Presiden A.S




Video ni menunjukkan Presiden Bush (laknatullah) sedang memberi ucapan dengan mengatakan Al-Quran mengajar keganasan..Dengan kuasa Allah S.W.T, Dikelukan lidah si Laknatullah itu sebelum dier menghabiskan ucapan tersebut..

Tapi pada pendapat kawe, kaum kafir ni tidak pernah mengambil iktibar atau tidak pernah cuba mengerti apa2 mesej yang hendak disampaikan Oleh Allah S.W.T kepada mereka..Mereka merasakan mereka betul..Susah jugak kalau dah bodoh tidak boleh diajar, pandai tp tidak boleh fikir mana yang benar..

Agama yang benar itu adalah pedoman kepada manusia di akhir zaman, agar kehidupan di muka bumi ini sentiasa teratur dan aman. Agama Islam tidak pernah mengamalkan kekerasan, terutama kepada penganut agama lain. Agama kita hanya memberi panduan dan seruan, namun petunjuk itu hanya milik Yang Maha Esa..

Berbagai tohmahan sering dilemparkan kononnya agama kita tertegak kerana peperangan namun hakikatnya itu semua hanyalah untuk mempertahankan maruah diri dan negara dari musuh durjana. Keganasan dan paksaan bukan amalan agama kita. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, tidak pernah meletakkan kebinasaan musuh sebagai agenda utama, melainkan seruan kepada Ilahi..

Semoga mereka dapat memahami bahawa agama kita itu adalah agama sejagat dan sesuai untuk semua makhluk yang bernama manusia, insya Allah..

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ..

Kawe baru jah terima email ni,mungkin ada yang sudah terima email ni sebelum kawe..Bagi kawe ia bukan sekadar email biasa2 yang selalu kita terima..Bagi kawe,email ni mempunyai banyak pengertian untuk kita kongsi bersama..Sebab tu kawe paste jer dalam ni agar dapat dikongsi bersama..

As-salam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam..bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US: "Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

TKD Vs MuaY ThaI



Tajuk Video (TKD Vs Muay Thai)..Moral video yang kite dapat pelajari ialah "Jangan Berlagak" atau dalam bahasa yang mudah difahami toksoh wat metoo lass nya te ko ore jgak,brapo ari nok metoo gakk..haha..

Kawe rasa, macam ni laa anda semua akan rasa nak buat kepada segolongan manusia yang suka menggunakan kesempatan terhadap kelebihan orang lain untuk kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan implikasi terhadap orang lain..Contohnya Menggunakan ke'power'an saudara-mara,kawan2 yang berpengaruh (biasanya ahli politik) bagi kepentingan diri sendiri laa tu..Hal macam ni banyak sangat terdapat kat negara kita sekarang ni samada kita memang dah sedar, sedar tapi buat2 tak sedar @ memang tak pernah sedar..Itulah kenyataannya, bukan niat nak menambah luka tp kalau boleh nak mengubatinya sahaja ..Tapi takpe,mari la sama2 kite bayangkan orang pakai baju putih (bagi pihak orang macam tadi) dalam Video tu pastu kite yang tak pakai baju tu..hehe

Hurm,sampai bila agaknya benda ni akan terus & terus bermaharajalela..Tp ingatlah setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan & keburukan pasti dibalas dengan keburukan jugak..

ArT Of BoraN



Kawe sarankan agar kita semua patut mempelajari seni mempertahankan diri ni..Lagipun kita tidak boleh abaikan aspek keselamatan diri ni..Ia amat penting..Tambahan pula zaman sekaran penjenayah muncul bak "cendawan tumbuh selepas hujan"..Penjenayah ramai dan tahap kejahatan/tidak berperikemanusiaan yang tinggi..Jika kita lengkapi diri dengan ilmu mempertahankan diri,maka bolehlah kita gunakan sebaiknya di masa perlu..




Video menunjukkan demonstrasi Muay Thai..




Video menunjukkan pergerakan Muay Boran..

PENAWAR KEPENATAN

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas sehariansama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikanpetua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puterikesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminyaSaidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannyakerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakanhasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantutugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baikdaripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamuberdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepadaanak dan menantunya bagi meringankan keletihan dankesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebananhidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokanhari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu danmengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaatiAllah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkemenangan yang besar."